Selasa, 24 Disember 2013

Kereta sewa murah di Kuching, Sarawak

Kereta sewa murah di Kuching

Alhamdulillah

Disember kian menghampiri penghujungnya.

Begitu juga cuti sekolah ini.

Di sepanjang musim cuti sekolah ini kami sekeluarga sibuk dengan servis kami dan berusaha memberikan khidmat terbaik buat pelanggan kami.

Antara servis hangat!! kami ialah servis kereta dan driver yang mana setiap minggu kami akan turun padang memberikan khidmat sebagai supir dan saya sendiri sebagai supirah (gelaran driver perempuan yg saya berikan).

Chief dtiver kami setakat ini disandang oleh suami saya dan ayahnya sendiri yg giat turun padang menjadi driver dengan membawa pelanggan kami ke tempat menarik sekitar Kuching.

Apa apa yg menatik dgn servis driver kami ialah, tidak seperti tour provider lain, kami amat fleksibel dgn tempat yg hendak dilawati dan tidak terhad kepada 2 tempat sehari (tempoh 9 jam).

Kami juga membawa anda ke tempat makan menarik dan mencadangkan anda tempat yg harus dikunjungi dan tempat makan yg harus anda cuba.

Ini kerana, kami mahukan sesiapa yg berkunjung ke tempat kami merasakan makanan terbaik kami dan berkunjung ke tempat menarik agar anda mendapat 100% kepuasan bercuti anda.

Selain Kampung Budaya, kami juga mempunyai Borneo Highlands Resort yg amat jarang mendapat perhatian anda.

Kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi, dgn flora fauna yg cukup indah. Sekiranya Sabah terkenal dgn Kundasang, maka Borneo Highlands amatlah sesuai bersamaan dgn Kundasang.

Annah Rais Longhouse juga merupakan tempat dimana anda boleh merasai pengalaman berada di rumah panjang.

Anda boleh menghubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej kami dan kami bersedia untuk berkhidmat.

Hanif 0168593205 / 0189849839 whatsapp
Noraini 0168593206 / 0189803938 whatsapp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan