Selasa, 10 Disember 2013

Kereta Sewa di Kuching dan Pakej Kereta dan Pemandu

KERETA SEWA DI KUCHING DENGAN HARGA BERPATUTAN DAN PAKEJ KERETA SERTA PEMANDU DITAWARKAN

Alhamdulillah...walaupun minggu lepas sekitar 5/12/2013 hingga 10/12/2013 kami agak sibuk dengan perkhidmatan sewa kereta kami dan pakej pemandu yang kami sediakan, kami berjaya melaksanakan tugas kami dengan baik dan memberikan pelanggan kami apa yang mereka inginkan agar mereka merasa berpuashati dengan khidmat yang kami berikan.

Saya sendiri turun padang menjadi pemandu pada hujung minggu bersama-sama suami, ayah mertua, pakcik-pakcik kami yang giat dan rajin mencari pendapatan sampingan. 

Bagi yang mencari pemandu wanita, kami menyediakan khidmat tersebut tetapi pada hujung minggu sahaja iaitu Sabtu dan Ahad. Ini kerana kami merupakan ibu-ibu bekerja dari Isnin hingga Jumaat, kerana itulah kami wanita/ibu-ibu hanya dapat memenuhi permintaan anda sekitar Sabtu dan Ahad sahaja.

Terima kasih kepada Mr. Teoh Joo Kheng yg menggunakan khidmat oemandu dan kereta sewa kami selama 6 hari, Puan Haslin Hashim yg menggunakan khidmat pemandu kami 4 hari, Puan Mazni Abu 2 hari.

Kepada pelanggan yg hanya menyewa kereta sahaja, terima kasih jua kami ucapkan kerana menyokong khidmat kami.

Sememangnya kami menawarkan anda kereta yang dikategorikan kereta "Family Car" yang dijaga baik dan diselenggara baik bagi jaminan keluarga kami. Maka dengan itu ketika kami serahkan kereta kami kepada anda, apa yang akan anda perolehi ialah kereta yg elok, kondidi aircond yang baik, enjin yang baik dan tayar yang selamat.

Jangan risau akan keadaan kereta kami kerana kami tidak akan memberikan anda kereta yang kami yakin tidak selamat buat anda. 

Bagi pakej pemandu dan kereta kami, harga yg kami tawarkan amat berbaloi dan murah kerana kami memberikan anda kebebasan untuk memilih temapt yang dilawati, kemudiannya kami akan susun jadual anda mengikut tempat yang anda ingin lawati bagi memaksimakan tempoh 8 jam lawatan dengan pemandu dalam sehari. Anda boleh pergi ke tempat makan yang anda ingin pergi yang mana SEMUA INI TIDAK DITAWARKAN OLEH TOURS AGENT YANG LAIN!!

Kebanyakkan agent tours yang lain menawarkan anda 2 tempat dalam sehari seperti 1 tempat 8.00pagi hingga 12 tengahari dan 1 tempat dari 2ptg-5ptg. Mereka juga tidak membawa anda merasa makanan atau pergi ke restoran yang anda ingin pergi.

Kami sebaliknya!!

Harga kereta kami berpatutan dan begitu juga pakej pemandu dan kereta kami hinggakan kami telah mendapat tempahan awal dari pelanggan ulangan kami meskipun tarikhnya ialah DISEMBER TAHUN DEPAN!!!

Sekiranya anda berminat, anda bolehlah menghubungi kami:-

Hanif 016-8593205 (Call/sms) 018-9849839 (Call/sms/whatsapp)
Noraini 016-8593206 (Call/Sms) 018-9803938 (Call/sms/whatsapp)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan