Ahad, 3 November 2013

Kereta sewa di Kuching - Cuti sekolah datang lagi

Promosi cuti sekolah

Bersempena dengan cuti sekolah yg bakal tiba nanti, kami di DZ Car Rental memberikan harga istimewa dan DISKAUN bagi anda yg menyewa 3 hari keatas.

Namun begitu, bagi yg hendak menyewa kurang dari 3 hari, anda juga dialu-alukan untuk menghubungi kami kerana harga kami adalah harga boleh runding!!

Terima kasih buat Puan Nur Radhiaton dan keluarga (sangat murah hati kerana menyedekahkan RM50 buat anak saya..kerana pekenalan singkat telah mengeratkan kami), juga Encik Ahmad Sani (yang kata "kereta tok nang best!! Bersih juak..tapi kamek dah kotorkan sikit..")..tak apa encik, normal lah tu setiap kali kereta dipulangkan, tapi kami dgn serta merta akan hantar kereta ke Car Wash bagi mengelakkan pelanggan seterusnya mendapat kenderaan yg tidak dicuci. Juga buat Encik Harmizan, yg datang untuk mesyuarat kerja..terima kasih dan terima kasih buat banyak lagi pelanggan kami.

Feedback yg kami terima sepanjang kami beroperasi amatlah baik.

Kereta yg kami sediakan merupakan kenderaan family, yg mana kondisinya amatlah baik, dijaga bagi menjamin keselamatan keluarga kami dan bersih sentiasa bagi menjamin keselesaan keluarga kami. Begitulah juga keadaan kereta apabila kami menyerahkannya kepada pelanggan kami. Anda bukan sahaja mendapat kenderaan kami, tetapi anda boleh mengharapkan kami sekiranya anda menghadapi masalah ketika berada di Kuching...

Bak kata org Kuching selalu kepada pelancong atau ahli keluarga yg datang menziarah atau berkunjung...

"JANGAN JERAK. DATANG LAGIK KELAK"
maksud: Jangan serik..datang lagi nanti

Jadi kami tidak mahu pelanggan merasa serik, dan balik dalam keadaan tidak puas hati. Kami mahukan anda membawa balik kenangan dan memori indah.

Untung bukanlah matlamat utama kami. Kami berniaga untuk menambah pendapatan buat menampung kehidupan. Kerana itulah kereta kami merupakan kereta keluarga dan rakan-rakan yg hendak menambahkan pendapatan mereka.

Berminat, sila hubungi kami:

Hanif: 016-8593205 call/sms
Noraini: 016-8593206 call/sms 018-9803938 call/sms/whatsapp

**Kami terdiri dari ibu dan bapa yg berkerja. Jadi seandainya ada yg menelefon kami dan panggilan anda tidak dijawab, sila sms kami dan kami akan menelefon anda semula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan