Ahad, 18 Ogos 2013

Servis kereta sewa di Kuching kami semakin mendapat sambutan..

Servis kereta sewa di Kuching kami semakin mendapat sambutan...Alhamdulillah..

 

Alhamdulillah...di sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal baru-baru ini, kami tidak putus-putus menerima panggilan dan tempahan dari pelanggan baru untuk khidmat kereta sewa kami.

Dengan dedikasi dan komitmen tinggi, kami berusaha untuk mengurus sebaik-baiknya setiap tempahan dan permintaan dari pelanggan kami.

Sekiranya terdapat tempahan yang tidak dapat kami penuhi berikutan dengan kereta sewa yang "OUT OF STOCK" dan "FULLY BOOKED", kami berusaha untuk mendapatkan kereta sewa dari penyedia kereta untuk disewa lain yang terdiri dari kenalan/rakan-rakan seperjuangan.

Juga terdapat kes baru-baru ini pada malam 1 Syawal (penyewa Encik Syamsul) dimana tiba-tiba lampu hadapan kereta sewa yang kami sediakan tiba-tiba rosak. Dengan sesegera mungkin kami gantikan kereta lain untuk beliau dan pada malam itu juga kami repair lampu tersebut (hasil usaha Hanif yang sememangnya pakar dalam hal-hal automotif) dan pada awal esok paginya kereta tersebut diserahkan semula kepada penyewa. (kasihan penyewa yang dah isi minyak penuh nak jalan-jalan).

Kami juga mendapat pujian kerana bertindak cepat pada waktu tanpa menghampakan penyewa dan kerana menyediakan kereta sewa yang bersih untuk penyewa.

Jadi, tempahan pada bulan Ogos ini agak padat namun bagi yang masih berminat, masih terdapat slot-slot hari yang kosong untuk sebahagian kenderaan seperti MyVi (Auto/Manua), Kancil (Manual) dan MPV lain.

Terima kasih di atas sokongan anda!!

Hubungi kami:

Hanif 016-859 3205
Annie 016-859 3206 / 018-980 3938


Wassalam.

**Tempahan awal adalah amat digalakkan agar kami dapat menyediakan kereta dalam keadaan baik dan bersih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan