Terima kasih!!
Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih diatas sambutan menggalakkan disepanjang hampir setahun kami beroperasi. Namun ada juga beberapa permintaan yang tidak dapat kami penuhi berikutan kehabisan kereta untuk disewa kerana jadual yang amat penuh. Ini mungkin disebabkan perayaan kemerdekaan yang bakal tiba dan banyak warga kota samada dari semenanjung atau sarawak hendak bercuti.
Dan untuk pengetahuan pembaca, feedback yang kami terima adalah kebanyakkannya memaklumkan bahawa harga yang kami tawar adalah paling berpatutan. Ini mungkin kerana kami masih dapat dirunding dan kami memberikan diskaun atas timbangrasa kami kepada keadaan pelanggan.
Jadi, teruskan sokongan anda dan In Sha Allah, kami akan memberikan servis terbaik, pada harga berpatutan dan bila-bila masa.
Hubungi:
Hanif 016-859 3205
Annie: 016-859 3206 / 018-980 3938
Servis kereta sewa di Kuching kami semakin mendapat sambutan...Alhamdulillah..
Alhamdulillah...di sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal baru-baru ini, kami tidak putus-putus menerima panggilan dan tempahan dari pelanggan baru untuk khidmat kereta sewa kami.
Dengan dedikasi dan komitmen tinggi, kami berusaha untuk mengurus sebaik-baiknya setiap tempahan dan permintaan dari pelanggan kami.
Sekiranya terdapat tempahan yang tidak dapat kami penuhi berikutan dengan kereta sewa yang "OUT OF STOCK" dan "FULLY BOOKED", kami berusaha untuk mendapatkan kereta sewa dari penyedia kereta untuk disewa lain yang terdiri dari kenalan/rakan-rakan seperjuangan.
Juga terdapat kes baru-baru ini pada malam 1 Syawal (penyewa Encik Syamsul) dimana tiba-tiba lampu hadapan kereta sewa yang kami sediakan tiba-tiba rosak. Dengan sesegera mungkin kami gantikan kereta lain untuk beliau dan pada malam itu juga kami repair lampu tersebut (hasil usaha Hanif yang sememangnya pakar dalam hal-hal automotif) dan pada awal esok paginya kereta tersebut diserahkan semula kepada penyewa. (kasihan penyewa yang dah isi minyak penuh nak jalan-jalan).
Kami juga mendapat pujian kerana bertindak cepat pada waktu tanpa menghampakan penyewa dan kerana menyediakan kereta sewa yang bersih untuk penyewa.
Jadi, tempahan pada bulan Ogos ini agak padat namun bagi yang masih berminat, masih terdapat slot-slot hari yang kosong untuk sebahagian kenderaan seperti MyVi (Auto/Manua), Kancil (Manual) dan MPV lain.
Terima kasih di atas sokongan anda!!
Hubungi kami:
Hanif 016-859 3205
Annie 016-859 3206 / 018-980 3938
Wassalam.
**Tempahan awal adalah amat digalakkan agar kami dapat menyediakan kereta dalam keadaan baik dan bersih.
Selamat Hari Merdeka dan Hari Malaysia!!
Kami menyediakan kemudahan sewa kereta di kawasan Kuching, Sarawak tanpa dokumentasi rumit dan urusan sewa yang mudah. Kami juga tidak meminta cagaran (Security Deposit) untuk sewaan kereta di kawasan Kuching.
Jadi, janganlah pening-pening dengan urusan Security Deposit atau hendak mengemukakan salinan bil-bil rumah anda kerana kami tidak menetapkan syarat sedemikian.
Apa tunggu lagi, hubungi kami di:-
Hanif 016-8593205
Annie 016-8593206/018-9803938